Thursday, December 23, 2010

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Assalamu'alaikumwarahmatullah..
Sekian agak lama tak meniti di papan kekunci ni.. ^^
nak dikatakan sibuk, seperti menipu la diri ini.. ^^
Hendak dikatakan tiada rasa untuk menaip.cukuplah sekadar gambar yang telah dipaparkan buat post yang terakhir..

Saya agak menanti berakhir dan selesainya majlis perkahwinan kakak, kerana selagi tidak selesai majlis tersebut, tak dapatlah saya menyertai mana2 program..^^ iyelah, menjadi pembantu setia buat mak.. Pengantinnya mestilah lagi sibuk, adik pulak pergi ke kelas tuisyen.. Sape lagi kalu bukan kita yang diharapkan..^^ lain kali episod kita plak.. ^^!


Selesainya majlis bahagian lelaki, saya dan seorang sahabat bersama2 turun untuk membantu persediaan buat perjuangan yang bakal beelaku nanti. Moga kehadiran dan bantuan yang tidak sebesar mana itu memberi kiejayaan dan dirahmati Nya..

17-19 Dis baru2 ini jugak mebuatkan saya semakin matang, pulak tu dapat jumpa sahabat2 yang bole kate lama la tak jumpa.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. KEM GENERASI TERBILANG 2010 (KARISMA '10) ialah program yang telah dilaksanakan pada tarikh tersebut. Dalam hatini agak kecewa kerana insan yang ditunggu tidak menghadirkan diri, tapi apakan daya, kita tak bole memaksa insan yang hatinya awal2 lg tidak mahu hadir bersama dalam program tu. Apa yang ada, apa yang berlaku, siapa yang hadir itu semua dariNya. DIA yang lebih mengetahui apa yang yang terbaik buat kami dan adik2 ni. ^^ Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.. ^^

Berita adik2 tingkatan 3 di SMKA TAHAP telah mendapat keputusan yang amat cemerlang sangat mengejutkan. Itulah kuasaNya. Semoga adik2 di sana tidak berfikir bahawa kejayaan itu adalah milik mereka semata2. Moga mereka dapat berbakti dan berfikir apakah yang terbaik buat diri mereka sebagai hambaNya. Mampukah berjaya menggapai redhaNya? CINTANya? Fikir2kanlah ye..

Semoga dengan kejayaan yang dicapai tidak membuatkan mana2 hati lupa kepadaNya. Kerana kejayaan itu tidak hadir dalam ketajaman akal atau kecerdasan akal seseorang sahaja. Tetapi kekuatan dalaman itu sangat diperlukan. Kecerdasan otak, pendidikan tinggi mahupun bakat yang hebat difikirkan dapat menyelesaikan segalanya. Namun pemikiran beginilah yang semakin menutup potensi seseorang dalam menggapai kejayaan yang sebenar. Malah boleh mengecilkan lagi ruang untuk dikurniakan petunjuk dan hidayah dariNya.. Semoga kita dijauhkan dari pemikir3 seperti ini.. Apa sahaja yang kita peroleh, berbaliklah kita hanya pada Yang Esa..

agak ketandusan untuk menyusun ayat di sini..^^
Wallahu'alam..


Sunday, December 5, 2010

??? special from our abah!!!




SANGAT MENGEJUTKAN KAMI ABAH WAT BANNER!!! HEHE.. WAKIL DARIPADA PENGANTIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SANGAT2 TO ABAH N SAPE2 YG TERLIBAT..
(^_^)

Friday, November 12, 2010

::inBox::

mesej dr inbok K810i ku yang dikirim oleh sahabat2...:

" wahai sahabat, keramatnya ukhuwah melangkau hubungan darah, kasih sayang krn Allah, tonggak kekuatan dalam jemaah, digubah dengan acuan aqidah, tak seorang dibiar gundah, andai ditakdir rebah, seribu membahu gagah...."


Rasulullah s.a.w bersabda yg membawa maksud: "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.."


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sejahtera semua...

Saat diri meniti bentuk kotak2 kecil dekat labtop ni, ada rasa sesuatu yang sangat berat dirasakan dalam hati ni.. Tak pastilah mutiara jernih mampu untuk meleraikan rasa dalam hati ni atau tak...
Perasaan dalam hati ni dah membuatkan insan hina ni melayari alam maya untuk melepaskannya di sini.. astahgfirullahal'azim.. Ya Allah..

Kuatlah hati..semua tu ada hikmahnya.. kenapa tanak akui.. Kau yang memilih jalan itu.. kau patut gembira kerana diberikan kebahagiaan yang sangat bermakna buat kau..

Kuat! Berubahlah demiNya.. teruskan rantai mujahadah yang kau lalui ni. biarpun kau tak berada di situ, biarpun sahabat lain sudah mendapatnya, tak mustahil untuk kau mendapatkannya jua..

Kuat! teruskan perjuangan kau.. teruskan mujahadah diri untuk mendapatkannya. DIA takkan kecewakan kau andai kau sentiasa ikhlas untukNya.


Tapi..
Hati ni tak kuat.. hati ni bagai dicarik2 bila mengingati.. kerana di situlah bermula segala-galanya.. kenapa hati ni? Perlukah hati ni yang disalahkan? Diri ni yang perlu disalahkan..

tak mampu untuk meneruskan penulisan di sini.. terketar2 untuk menekan punat2 di papan kekunci ni..
dengan satu lagi amanah yang diberi.. mampukah kau? astaghfirullah..

semoga semuanya adalah untuk mendidik jiwa ni.. mendidik hati ni.. mendidik DIRI ni..

Ya Allah..Kau berikanlah segalanya yang terbaik buat diri hambaMu yang hina ini. Andai itu yang terbaik buatku Kau kuatkan aku untuk meredhai ketentuanMu yang sungguh bermakna buatku. Kurniakanlah petunjuk dan hidayah Mu kepada ku Ya Allah..



Saturday, October 30, 2010

::at last!!!::


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah..Maha Penyayang..

Assalamualaikum.. ^^ (new smile from me..hehe)

Bagaimana kita nak melepaskan tekanan???

~ menjerit?
~ 'shopping'?
~ makan banyak2?
~ ganggu orang lain?
~ marah2?


Mungkin ada cara lain lagi bagi pihak2 pembaca sekalian untuk me'release' tekanan..
Me'release' tekanan sempena ape?

~ esaiment
~ pameran
~ kelas ganti
~ haaaaaa..ni yg bakal menjelma tak lama lagi.. PEPERIKSAAN!

Alhamdulillah.. setelah beberapa minggu menghadapai cabaran2 yang tak seberapa di atas, akhirnya kami bertemu dengan final destination for this semester..
Iaitu PEPERIKSAAN..

Saya hanya ingin berkongsi perkara yg bagaimana kita nak buat bg melepaskan tekanan kita..
Perkara ni mmg xde yang boleh sangkal la.. cuma mampu atau tidak kita lakukan..
JoOM teruskan!!! ^^

" mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang"

Jika pada zaman Rasulullah dahulu baginda dan para sahabat menjalankan 'perkara ini demi mempertahankan 'aqidah mereka, mengapa tidak kita lakukan untuk perjuangan kita dalam menuntut ilmu ni..?

Solat Malam @ Qiyamullail

Inilah sumber KEKUATAN, sumber KETENANGAN di saat kita bersama dengan Kekasih terCinta bermadu rasa..

Andai ini saya sampaikan buat pihak pembaca sekalian, saya juga berjuta2 kali menyampaikan pada diri saya sendiri.. Renung-renungkan..


Jadi kat cini, nk make a wish to all IPG students..


SALAM IMTIHAN dari saya.. Semoga kita diberi kemudahan dan ketenangan hati serta keputusan cemerlang yang dapat menaikkan Islam di mata semua.. aminn..


maaf andai ada tersalah bicara, tersalah laku, tersalah apa2 sahajalah yang menyebabkab diri ini perlu dimaafkan..
Ikhlaskan diri dalam beramal ^^

Wallahualam..

Saturday, October 23, 2010

::hati berat::

Bismillahirrahmanirrahim...

Indahnya ukhuwah ditautkan dengan sinar hubungan yang diredhaiNya..
Saat diri dialunkan dengan dilema kekusutan minda dan jasmani.. masih ada sahabat yang lain berjuang dengan kekusutan mereka..


Astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim...


Hanya padaMu Ya Allah kami berserah..
Kuatkan aku..
Kuatkan sahabat-sahabatku..
Berikan kami petunjuk agar kami tidak menyesal di kemudian hari..


Be strong my dear~
Saya sentiasa akan berada di sisi if u want it..
InsyaAllah..berpegang teguh pada janjiNya..
Saya takkan menipu bab2 ni..sebab sy pun penah mengalaminya..


Ucapan ini khas buat diri sendiri^^ dan..
kepada sahabat-sahabat yg sedang bergelora jiwa mereka..
Uhibbukillah...

Wednesday, October 13, 2010

KAHWIN?::Sekitar selepas raye + sebelum bis esaiment!::

Pe yer yg terjadi antara dua masa ni???

Wish Besday Aboh(Haji Yahya bin Abdullah)..sweet 73..pada 11 Oktober 2010
semoga aboh cihat2 selalu dan sentiasa mendapat rahmat dariNya..
MILA SAYAAAAANNGGG ABOOOHH!!!
konvokesyen ke-24 IPG Kampus Tg. Ampuan Afzan...
pada 6,7 Oktober 2010
(gambor xdok kat saya)
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..


melawat UPM bertemu sahabat matrik Nur Zihan Anuar
niatnya len nk ke KL..
pada 10 Oktober 2010.. Besday sayang saya ni..huhu
sahabat saya yang sorang ni sanggup amik dan hantar sy..
sweet sangat dia n kwn2 die(^_^)
thanx ye ZOWI + NOWI


majlis pertunangan + akad nikah kakak ku cayang~
pada 26 September 2010
Rajwana Atirah Yahya + Ahmad Syahir (xingat nama ayah)



jelas terpancar kegembiraan di wajah bonda tercinta..
tangga usang umah pun bole jadi tmpt pose yg cameraman suke..hehe

Semoga masjid yang dibina sentiasa mendapat berkah dr Ilahi
doa2kaan adikmu jua yek..huhu(gatai~)

ni jelah sedikit sebanyak..
takleh nak banyak2..labtop sy kurang cihat..
syukran kpd semua sahabat yg sudi pinjamkan labtop:
nurul
dayah
anis
za(rumate)
ayu janah
ain
salina
dan sape2lah yg sy tak tertulis name dia..

Tuesday, September 14, 2010

ade raya lg ke???

SEBELUM

Sebelum tibanya Ramadhan, apa yang dah dilakukan.? Apa persiapan menyambut bulan mulia ni? Sebelum Ramadhan, ada Rejan dan Syaaban.. Maka masa nih la nk latih diri berpuasa. Mungkin ada yang da terlatih dengan puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa sunat yang lain.. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan! namun ada juga kekesalan yang timbul, coz masih ada muslim yang sudah berniat untuk tidak menjalani ibadah puasa ini dengan sebab yang tidak dapat diterima.. masyaAllah..


SEMASA

Alhamdulillah, DIA menemukan aku dengan bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang penuh dengan rahsia2 dan keberkatan ini. Saat inilah kita melatih diri kita untuk taat kepadaNya. Bukanlah kita tidak metihnya pada bulan2 lain, namun bulan ini sangat memberi aura kepada umat Islam. Kita dapat lihat berduyun-duyun orang tunaikan solat Tarawih secara berjemaah di masjid2, surau2. Saat bulan ini juga ramai yang bersedekah, menambahkan amalan. So, sentiasalah mohon kepadaNya agar kita teruskan usaha kita untuk meningkatkan iman kita kepadaNya serta mendapat rahmatNya bukan dalam
Ramadan saje, tp dalam setiap bulan yang kita dapat nikmati.. insyAllah..

Insan yang tidak punya apa-apa ini cuma merasakan betapa bertuahnya diri dapat menjalani ibadah puasa pada kali ini. Sangat terkesan dalam hati dengan ketibaan Ramadan Kareem ini.. amat bersyukur Allah memberi peluang kepada insan hina ini. Mungkin dahulu diri ni xpernah merasakan nikmat ini sebetulnya kerana kotornya hati ni.. Alhamdulillah, Dia sentiasa memneri ruang kepada hambaNya, cuma sedar atau tidak kita ingin menujuNya... Ya Allah, kau terimalah ibadah-ibadahku, kuatkan aku menempuh segalanya..amin..
kat bwh ni sy sertakan gambar2 SEMASA Ramadan.. berlainan sikit aktivitinya daripada biasa..

ni alat/bahan bantu mengajar utk esaimen LB(comel x?..hehe)

ni kotak simpan abm~

gambar seterusnya ni kat SK BANDAR TEMERLOH..my ex primary school~best!!!

semangat jawab ujian diagnostik..mcm jwb exam

saya cikgu!! saya tak nampak cikgu~

murid2 sek rendah yg sangat sukakan webcam~

SELEPAS
Belum terlambat untuk saya ucapkan SALAM EIDULFITRI kepada semua muslimin dan muslimat yang telah berjaya menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah..Alhamdulillah.. Ada yang menyatakan kita perlu sedih dengan kepergian Ramadan.. Tapi adakah kita perlu sedih dengan kehadiran Syawal? Ada juga yang gembira dengan kehadiran Syawal, malah turut serta gembira dengan kepergian Ramadan... Astaghfirullah.. Sahabat2 renungkanlah apa yang perlu sahabat fikirkan tentang Ramadan dan Syaaban..sudah pasti kita biasa mendengar tentang bulan2 mulia ni.. Saat inilah kita meraikan kejayaan kita, atas dasar rahmat dan kasih sayangNya..
Namun, perhatikanlah dalam diri kita sudah berjayakah kita menjadi hamba pilihanNya?.. Wallahualam..


p/s: saya ingin memohon kemaafan secara individunya kepada semua yang mengenali jika ada yang terguris atau terluka dengan tindakan dan tingkahlaku saya.. saya hanya insan biasa, tegurlah jika ada yang salah..
JOM PUASA 6 SAMA2!!! Rebutlah peluang selagi DIA masih Memberi..(^_^)


Friday, August 13, 2010

Pose ke Tak???

Bila teringatkan kembali zaman mude2 dulu berpuasa lucu pulak..hehe.. Seingatnya start berpuasa mase umur 8 tahun takpun 7 tahun.xingat dah. kalu puasa awal sblm tupun puasa 'yang-yok' kot.. Tp kire lewat la tuh.. Budak zaman sekarang, pg tadika pun da ade yang puasa.. hehe.. Pe maksudnya lewat mula puasa tu??

seingatannya yg sedang bermain di minda saat ni.. mase first time puasa kat sekolah diri ni menangis coz tahan lapar tgk kwn2 makan mase rehat.. duk sorg2 kat belakang bilik guru, then kalu kwn dtg, marah coz takot TERbuke puassa..hehe.. kecian kwn kene marah.. masuk jek kelas muke xleh tahan puasa dah.. pastu NANGIS..(manje namenye ni) cikgu pun suh kwn beli air kotak.. Maka akhirnya terbatallah puasa dengan seKOTAK air MINUMAN.. Puasa kan kene tahan daripada makan n minum.. balik umah takot nk bgtau mak..lame2 mak tau dr kwn yg belikan air kotak tuh.. huhu..

yg ni kisah tak disengajakan pulak berbuka puasa di bulan yang mulia ni..(^o^)..
Al-kisahnya......
Pada suatu pagi, saat seorang kanak-kanak comel sedang bermain dengan adik2 saudaranya yang masih kecil.. Kebetulan tengah lapar, si adik saudara tu pulak bawak sebungkus besar MAMEE yang ade banyak2 paket.. mase tu kat dapur belakang, pe lg, dengan baik hatinya adik2 sedara ajak join mkn. Kanak2 comel tu pun makan la dengan gembiranya bersama saudara2nya..
TIBE2.. ina!!(bukan nama sebenar) tak puasa ke hari ni?
Kanak2 comel: Gurrlp(telan air liur beserta MAMEE).. puasa mik tam.. lupe lah..
Sedara2: xpe2..nah, amik ni(satu bungkusan kecil MAMEE).. mkn mase da berbuka nant yek..
Kanak2 comel: (tanpa lengah pun amikla..) naseb bek tak batal pose..tp kire kenyang la gak mkn scr tak sengaja td.. REZEKI yang DIA bagi.. ALhamdulillah..

Sahabat Sahabiah..what do u think about ur fasting?

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa" Surah al_Baqarah(183)

Wajibla kpd kita as umat Islam yang da sampai masenye utk berpuasa. Jgn disengajakan untuk meninggalkannya, kerana DIA akan murka kepada kita. dan puasa ini adalah antara Rukun di dalam RUKUN ISLAM. Kita sendiri tahu saat2 bile kite dilarang berpuasa dan diharuskan untuk berbuka puasa. Tp jgn lah menggunakan kemudahan yang diberikanNya untuk kepentingan diri sendiri.

Berpuasa bukan sekadar mengajar kita untuk tidak makan dan minum sehingga sampai mase.. malah ia mengajar kita untuk beSABAR dan kita sendiri dapat mengenali diri kita yg sebenrnya saat ini.

Andai dulu kite berpuasa kerana mak abah paksa, di ganjarkan dengan duit raya, utk berbangge coz kite puasa byk dan macam2 lagi.. Biarlah saat ni kita sedar bahawa puasa kita adalah saat kita berIBADAH kepadaNya.. Semoga DIA menerima amalan kita dan bertambah keTAQWAan kita kepadaNya.

Sama2 kita jangan membiarkan nafsu merajai diri. Letakkan hati, jiwa, diri, dan segalanya tentang kita adalah kerana Yang Satu.. Perbanyakkan Ibadah dan istiqamah dalam mengamalkannya. Sama2lah kita mendapatkan malam yang diimpikan semua amilin.. insyaALlah..amiinn.. bukan hanya sekadar untuk mendapatkan nama dan membangga diri dalam beramal..
Dan jangan menggunakan nama Ramadhan sahaja untuk kite berIBADAH kpdNya. Tapi jadikan bulan ini dan saat ini, utk kita memulakan dan meneruskan amalan2 mulia dan beribadah kepadaNya.

Wallahu'alam..

Salam Ramadhan buat semua!

p/s:maaf pd sahabat2 yg da tag utk penulisan dlm blog..tpaksa dahulukan Ramadhan karim dulu.. nanti yg ditag insyaAllah akan buat..(^_~)k..

Monday, August 2, 2010

30 perkara


salam..
ya Allah, saya tak sangka sy juga telah terpilih oleh si red carpet(anisa) utk menglistkan 30 perkara about sy.. ish3.. manyak tuh.. xpelah, becoz of you my sweetheart sy buatlah.. hehe..

1) nampak cam tenang, tp dalam hati hanya Dia yang tahu

2) seorang yg tegas, tp lembut kot..hikhik

3) dulu kecik2 org ckp sy anak org cina..besar ni Alhamdulillah xpenah lg org ckp camtu..

4) sy suka sgt mkn menu yg berkuah2 dan pedas, sebabnye baru terasa. tak kiralah manis
masin die cane..tp kalu tlalu masin mcm melampau la kan.

5) sy amat mementingkan persahabatan, tandanya saya banyak idea utk kenekan org bila mase bday org tuh..kalu org ckp sy ketua yg kenekan besday girl sy xngaku..huhu

6) saya geli kat cicak...!!!! Ade kes besar ngan cicak ni..

7) sy mudah menerima situasi baru if sy sampai kat sesuatu tempat ke..

8) saya suka main badminton, mungkin disebabkan badminton adalah permainan sy bersama usrati kesayangan sejak kecil lagi.

9) sy tak suke org yang penipu + pemarah

10) kalu ade masalah or cite yg best2 tentang sy, suke ngat cite kat kwn2 yg rapat n dipercayai. so, kalu nk tau pe2 rapatla ngan sy..hikhikhik

11) hajat sy banyak.. tp sy xtaula sy mampu @ tak tunaikan sendiri hajat tu. (hafal 1 Quran) tlgla doa2kan saya mampu yek (^_~). insyaAllah

12) sy suke ade org msg sy mase sy study. tp kurang suke stdy group. sebabnye sy takot sy banyak xbace lg berbanding kwn2 len

13) sy agak suke bersaing, tp bersaing secara sihat lah. mcm exam ke... dsb..

14) sy ade 2 org anak sedara yg cute mcm sy. sorang perempuan, sorang laki.

15) sy suka sgt mkn buah durian..huhuhu. xtau lak durian ni buah faveret..

16) profesion perguruan mmg impian sy sejak darjah 2 lagi.. rase mcm awal jek.. org len xtaula kan??

17) sy slalu dpt hadiah cabutan utama. sekolah rendah penah, sekolah menengah pun penah. org yg bertuah rasenye sy ni. Alhamdulillah.. semoga Allah tidak menarik nikmat yang diberikan kepada hambaNya dan semoga hambaNya tidak lalai.

18) bermula dr tahun lepas, sy sudah berjinak2 utk membaca buku. padahal dulu mmg xpandang buku ni selain buku yang berkaitan dengan silibus belajar.

19) sebenarnya diri ni kuat merajuk, tp takot dek hilang kwn, berkurang lah perasaan merajuk dlm diri ni

20) sy pemalu n pendiam ckit kat umah.. kira mcm pempuan paling senyap la kat umah.. tp ade abang yg lagi xbanyak ckp berbanding sy kat umah..

21) haaaa!!! sape kawen tlg sediakan nasi putih utk saya. tak minat sgt nasi minyak. daging pun tak minyak. so, kalu mampu wat la masak ayam bile mjlis kenduri nant yek..hehehe

22) sy seorang yg lemah..kalu xde sahabat yg bg peringatan kat sy, mesti sy lost. so, hope can always advise me. whateva la salah sy..k?

23) sy suke lahu Open Your Eyes, Maher Zain. sejak mula dengar sampai skang mmg jd list kat player labtop ngan my hp lah..

24) saya mudah syg kat org, tp malu lah nk ckp syg kat dieorg.. bialah Allah bg tau dieorg sendiri yg sy sayang sgt kat dieorg.

25) sy seorang penjimat. bukan jimat smpai tak leh nk beli pe2.. tp jimat yang berpatutan lah..

26) sy seorang pendengar yg setia... melainkan sy penat, mood <>

27) besenye, sy xleh sgt berborak mesra dengan org yg lebih tua dr sy, coz sy takot sy tersalah ckp,then tkecik kan hati dieorg ke.. tp kalu dieorg ok sy ok lah(^o^)

28) sy seorang yg rabun, so i'm wearing spectacles.

29) muke sy ni berubah2..hehe. bile pkai spek len, tanggal spek len, pkai berbeza2 ckit len.. kdg2 org leh xkenal sy if penampilan sy berubah..

30) sy ni banyak salahnya. setiap masa diri saya dihantui kegagalan. sy tau kegagalan tak bermakna sy akan gagal selamanya.. jd sy berpegang pd janji Allah. utk sy dpt kebahagiaan dan kejayaan, sy perlu tunaikan janji saya kepada Kekasih sy Yang Satu... Kuatkan hambaMu ini ya Allah.. temukan aku dengan insan2 yang sentiasa membawa aku kepada jalanMu yg benar..amiinnn..insyaAllah..

taraaaaa!!!!!!
SITI ANISA BT WAHID.. akak da buat dah..
thanx la tag akak.. at least boleh muhasabah diri n knal semula diri ni..hehehe..
ok... sayang cik anish..hehe

wallaualam...

Saturday, July 31, 2010

~Bila Diri Disayangi~



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, Keagungan Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri


Pertamanya, saya nak mohon maaf andai sedikit ulasan yg saya buat tentang lagu ni buat penulis liriknya marah ke pe.. Tapi ni adalah dari pandangan saya..

Dah lama penah dengar lagu ni, tp baru beberapa hari sebelum ni baru perasan tentang bait lagu ni. Syukran ila sohabati, hakimah ismail coz kenalkan semula lagu ni pada saya(^_^)..

Ada yang kata ayat, "Allah masih sayangkan aku" ni tak sepatutnya dituturkan coz Dia sentiasa menyayangi kita.. Memangpun, selamaNya Allah akan menyayangi hamba2Nya. Tapi berbahagia dan beruntunglah bagi seseorang itu bahawa dia sedar Allah masih dan sentiasa menyayangi diri mereka. Sangat beruntung bagi manusia yang Dia mengurniakan hidayah dan petunjukNya ditambah dengan kesedaran anugerah yang dikurniakanNya itu. Manusia itu dipandu oleh taufikNya, dan diri mereka sendiri yang menentukan ingin melakukan atau membiarkan hadiah dari Allah yang sangat mahal itu.

Setiap insan pasti melakukan kesalahan, takde yang sempurna. Diri yang keliru pun ramai.. Saya sendiri sering keliru dengan diri, nak share dengan orang sendiri pun xtahu apa masalahnya. Tapi bila kite mohon pada Pencipta, insyaAllah Dia sentiasa di sisi. Biarpun kita xdapat melihatNya kini, tapi Dia sentiasa mendengar bisikan dan bicara hambaNya. Kekeliruan diri yang tak terkawal antara punca kita buat salah..tapi Dia sentiasa membantu dengan cahaya-cahayaNya yang tak leh disaingi sape2 pun. Kalau orang tu sedar, memang dia akan rasa betapa sayangNya Allah tu pada hambaNya. Tidak kiralah sebesar mana pun dosa hambaNya.

Kita lihat sendiri kisah pada zaman Rasulullah SAW, Saidina Umar yang membunuh anaknya hidup2 sebelum keislamannya, Hindun yang melapah daging Hamzah, dan banyak lagi. dan tak semestinya kita yang kononnya dianggap hebat xakan diuji. Malah ujian itulah yang menunjukkan setakat mana kekuatan dan kehebatan mereka. Jadi, jangan kita berburuk sangka pada Allah, banyakkan mengadu padaNya, biarpun takde orang nak dengar aduan kita. Menangislah padaNya, biar takde orang nk pinjamkan bahu untuk tangisan kita. Berdatinglah denganNya, biar takde org yang sudi berbicara dengan kita...

Astaghfirullah..aku mohon ampun atas kesalahanku Ya Allah..
Jangan kau pesongkan hati ini, dan kekalkan nikmat iman dan islam kepada diriku.
Bahagia sungguh BILA DIRI INI DISAYANGI MU...
Terimalah aku Ya Rabbi...

Monday, July 26, 2010

~yang terb@ik~

"mak, boleh tak nk pg darul quran?"

"pegilah.. nk buat ape?"

"hmmm..dak2 ni konvo..dak DQ ngan Maahad..(^_^)bole x?"

"xpayahla kalu centu..kang sedih plak"

"mmg da sedih pun mak..bole lah pg mak..kurang2 dpt semangat. mtk dieorg doakan, mane tau ade rezki nant.."

"ikotlah.."
SENYAP.......

hmmm..kenapa mak takot anak die sedih? sebab mak tahu anak die mmg sedih dari dulu.. sejak kuar Maahad.. ada hikmah yg terbaik utk anaknya ni atas kekusutan keluar masuk tmpt belajar dulu. Igt lagi dulu, bile mak tgk wajah anak die ni, kusut, serabut, blurr, keliru, mcm2 lah lg mase nk pilih antara maktab atau maahad, mak dah suh pilih elok2 yg mane hati rase berat nk pg.

tp bile kemahuan hati penah berjanji utk tak amik diploma tahfiz, dan sgt ingin menjadi seorang guru, tambah2 lagi abah terlalu inginkan anak die ni masuk maktab. abah takut anak die xmampu bawa study kat maahad.. bile tgk abah yg semangat dan sanggup utk bwk pg temuduga maktab, hati ni lagi terusik.. terusik dan sanggup tinggalkan maahad. walhal hari nak keluar tu, xtau la keptusan utk keluar maahad tu yg terbaik atau tak.

tapi dah 3 tahun berlalu. da selamat masuk ijazah kat IPG Afzan ni. Kawan2 DQ n Maahad pun da nak konvo 31hb Julai 2010 ni.. tu yg minta kat mak nk pg jupe dieorg. Yelah.. walaupun bukan kite yg konvo, nk sangat tgk kwn2 dah menghabiskan hafalan dieorg. pastu ade rasa rindu kat bumi DQ. mmg bukan student sane, tp penah menjejakkan kaki di sana satu masa dahulu..... dolu2..da lame da pun..tp rase mcm baru je pg.. masih terpahat main bola jaring ngan akak2 DQ, jalan2, dengar ceramah kat sana..rindu..walaupun hanya seketika. sebulan menetap di maahad, banyak bg ilmu baru utk insan kerdil ni. syukran t0 ustaz zuhaidi. igt kat ustaz len, ust tarmizi, ust lafzul, ust nasa... tp coz ust zuhaidi pensyarah yg jage student kemasukan 2007 mase tu, tuh yg igt tuh.. igt lagi ustaz pujuk utk kekal dlm maahad, maaf ustaz xdpt hadirkan diri.. Doakan anak murid ustaz ni, mendapat yabg terbaik dariNya..insyaAllah..amiiinnn..

kenangan tu semua penguat semangat dan pengalaman.. rasenye mak bagi je pg.. cuma die tanak anak die sedih atas keberjayaan orang lain, sedangkan anak die yg sorg ni mmg bercita2 ke arah keberjayaan yang sama dgn kwn2 anak die tu.. insyaAllah..xde pape la mak..

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan nanti, hope dpt lah pg tgk dieorang KONVO!!! (^o^)

Thursday, July 22, 2010

~rantaiperjuangan~

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah..ahlan wasahlan kpd yang sudi menziarah..

Diri ini hanya insan yang lemah, hanya mampu meminta kekuatan dariNya untuk meneruskan perjuangan dalam medan dakwah..untuk terus menyambung mata rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Aku tahu kekurangan, kekhilafan yang ada pada diri ni, terlalu banyak... tapi hanya satu yang aku yakin, ALLAH sentiasa bersama aku.. Biarlah titik mula perjuangan ini membawa aku bertemu denganNya kelak..insyaAllah, aminn.. Aku pasti DIA sentiasa akan membantu aku di saat aku lemah, di saat aku kalah, di saat aku merasakan diri ini kesunyian..
Aku akan pastikan aku mencapai target aku untuk bersama denganNya. Semoga ALLAH merahmati aku dan orang-orang yang aku sayang dan kami sentiasa dikurniakan petunjuk dan hidayahNya untuk menuju kebenaran.

Ya ALLAH, kau kekalkanlah nikmat iman dan islam kepada diri ku yang kerdil ini. KAU ampunkanlah dosa2ku dan kuatkan aku untuk menempuhi hidup yang telah kau tentukan...
Terima kasih Ya ALLAH kerana KAU kurniakan aku mak dan abah yang sentiasa memahami aku untuk terus meniti rantai perjuangan ini. Berikan aku sahabat yang sentiasa di sisiku untuk berjuang bersama dalam mendokong agama MU. Andainya aku perlu kehilangan sahabat kerana perjuangan ini aku redha, namun janganlah KAU biarkan aku hilang sahabat perjuangan..
Semoga dengan medan dakwah ini, aku mampu untuk meneruskan apa yang terbaik untuk agama Islam..

SALAM UKHUWAH & SALAM PERKENALAN SAHABAT SAHABIAH SEKALIAN