Monday, January 24, 2011

~Madah Cinta~

Bahagianya diri diulit dengan kenikmatan dan kemewahan dunia...
Bahagianya diri ditemani kekasih yang kononnya sering membuat diri ketawa..
Bahagianya diri dijulang dengan pangkat yang tidak disedari amanahnya..

Adakah bahagia diri ini andai melepaskan syurgaNya?

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Kerdilnya diri ini Ya Allah.. sungguh tak berdaya untuk membuat sesuatu dan menikmati sesuatu tanpa kasih sayang dan rahmatMu..
Sejak setahun satu bulan yang lepas..aku sedar.. sedar.. bila aku memerlukan ketenangan dan jawapan yg pasti dariNya.. DIA pasti memberikan jawapan yang sangat tepat kepada aku..

Saat jiwaku dilanda keresahan, pasti Surat Cinta Ilahi aku hayati.. saat itulah aku akan menemui ayat yang tertulis 'la tahzan'. 'la tahzan'! tak kirelah mase bile pun kesedihan tu.. Allahuakbar! Besar sungguh kuasaMu ya Allah. Engkau tahu dengan ayat-ayat cintaMu aku akan pulih dari mengingati sedihku.. Mengingatkan pula aku bahawa Engkau menyayangi dan ingin menguji aku seadanya.. betul..aku tak tipu.. seringkali ia terjadi saat aku memerlukanNya untuk aku terus hidup keranaNya.. mungkin semuanya satu kebetulan. tp keadaan ni buatkan aku lebih kuat dan berkeyakinan..

baru2 ni.. LAJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN,BIAGA (JPP) telah menjalankan satu program iaitu Tamrin Nuqoba' khas buat naqib/at usrah kat IPG ni.. Perjalanan program selama kurang 2 hari ni..banyak memuhasabahkan aku yang serba penuh dosa ni.. Seorang sahabat beserta pengarah dan timbalan pengarah program sangat mengharapkan sesuatu yang luar biasa terhasil selepas Tamrin Nuqoba' ni.. Bangga dan teruja diri ni melihat kesungguhan mereka dalam ingin menambahkan penyokong dan pendokong agama Allah.. Subhanallah!

hari ke-2 Tamrin Nuqoba' selepas satu slot yang xdiduga menyebabkan beberapa peserta tidak meneruskan penyertaan mereka dalam program.. setahunya tidaklah terlau advance apa yg kami lakukan jika nk dipadankan dgn LAJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN.. mungkin benarlah kata sahabat tersebut.. mereka tiada kesedaran dan penghayatan walaupun sudah ada semangat..

jadi..kami perlu muhasabah diri kami.. sebelum slot resolusi pada hari terakhir tersebut.. diri insan yang penuh dengan dosa.. bagaimana ingin mentarbiyah diri org lain, andai diri kita tidak ditarbiyah dengan cara yang diperintahNya..?

Surah at taghabun: 11-18 menyedarkan diri ni, biarpun segala usaha yang kita lakukan sebanyak mane pun, hanya Allah yang boleh mengawal hati-hati mereka (mad'u). Seandai kami menjalankan program ini untuk membantu agama Allah, pasti Allah akan melakukan yang terbaik untuk agamaNya, malah tidak akan mengecewakan kami. Inilah satu lagi saat aku bertemu dengan Madah Cinta Ilahi yang membuatkan hati aku bergetar, membuatkan mutiara jernih membasahi tudungku malam itu.. Betapa Besarnya perTolongan dariNya sedangkan selama ni banyak kesalahan yang telah lakukan.. Astagfirullaha'azim..

Kemudian ku temu pula ayat 1000 dinar di muka surat yg seterusnya dalam madah surah at Talaq.. betapa indahnya tarbiyah yang ingin Allah sampaikan kepada umat2Nya.. cuma kita yang perlu terus berusaha mendapatkan redha dan syurga Ilahi.. Keyakinanku makin kuat dan aku pasti DIA sedang membawa aku menuju kebenaran.. Ya Allah jangan Kau pesongkan hati ini.. tetapkan aku berada di jalan juang ini ikhlas hanya keranaMu..

Seusai program yang telah dijalankan.. Alhamdulillah, dapatku lihat beberapa perubahan daripada peserta2 muslimat.. muslimin? aku tak dapat nk pastikan.. namun, semoga bakal ketua2 keluarga itu lebih mendapat kesedaran kerana mereka amat diperlukan dalam perjuangan Allah..

Aku tidak mahu terlepas dari syurgaMu ya Allah...

Wallau'alam..

Saturday, January 15, 2011

baS tiNg tOng!

Allahuakbar..Allahuakbar.. Allahuakbar

Sepintas lalu teringat perjalanan balik ke rumah semalam..
pertama kali balik temerloh melalui jerantut dulu..
nk dipendekkan cerita ni, masa duk nek bas ting tOng dr jantut ke temerloh...,
dalam hati ngilu rase kerinduan kat SMKA TAHAP..
jd ada lah harapan dalam hati terserempak dengan adik2 TAHAP mase nk nek bas ting tOng.. (n_n)
alhamdulillah..ade adik2 TAHAP, tp muslimin..jd seganla ckit nk bertegur sapa... just sekadar tersenyum melihat dieorg.. (tp dieorg xnampak kot senyuman tuh)

Sampai je depan sekolah TAHAP ade lah adik2 sekolah naik bas.. tp xnmpk lak mcm gaya adik TAHAP.. cara pemakaian tak menonjolkan ciri2 sekolah TAHAP..

xpelah..mungkin adik2 ni balik nek bas charted.. lgpun mase tu dah kul 2ptg.. mesti adik2 muslimat da balik awal2 balik sekolah td.. :)

lepas bas benti amik penumpang depan sekolah TAHAP,benti plak kat sekolah satu lagi.. depan cikit dr TAHAP.. mulanya tersenyum tgk adik2 tu nek.. skali.....

"Oooii! asal bodoh sgt bas ni lambat? punye lame aku tunggu!!"

satu madah kata yg sgt mengejutkan sy.. Astaghfirullahal'azim...
itu kata yg sy ingat, tp masih byk semburan kata drpd adik2 tu.. adik2 perempuan.. bukan lelaki.. kalu tak ditahan air mata ni, pasti linangan kesedihan yg sy paparkan pada adik2 tu..

tanak bercerita panjang tentang pelajar tersebut.. tp sy sgt terKEJUT.. sy xpenah jumpa bahasa yang dilontarkan seorg pelajar perempuan seperti itu.. TAK PERNAH! ini lah yg pertama kali..
dan sy sgt tak menyangka saat sy mengimpikan bertemu adik2 sekolah lame sy.. ALLAH temukan sy dengan pelajar yang nalurinya jauh dr ILAHI..

waktu tu, sy hanya mampu beristighfar.. sy seperti terkedu.. dan adik2 tu seperti tak melihat langsung kewujudan penumpang lain dalam bas tersebut termasuk sy yg duduk hampir dengan mereka...

selepas pelajar2 tu turun ke destinasi masing2.. sy terfikir..
sebagai seorang wanita
sebagai seorang bakal guru
dan...
sebagai seorang yang ingin berjuang di jalan Allah...

APAKAH YANG SAYA LAKUKAN UNTUK ISLAM? selepas sy ditemukan dgn situasi tersebut..

sy sering ingin menjaga tarbiah di sekolah sy.. tp insan lain yg juga memerlukan..
adakah sy dikire egois? dikire mementingkan diri kerna memilih yg sy suka..?
sebak rasanya bila memikirkan diri ini tidak mampu menjalankan apa yang dikehendakiNya..

Namun sy berpegang...
Tiada daya untuk sy menghindar diri dr kederhakaan dan tiada kekuatan utk sy lakukan ketaatan melainkan mendapat pertolongan dariNYA..


Allah berfirman :
ali imran139

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

Surah Ali Imran : Ayat 139


atas Kasih SayangNYA..sy sedar masih ramai yg mencari.. masih ramai yg tak menyedari.. malah masih ada yg melarikan diri.. sy juga pernah menjadi insan yg masih2 ini.. Namun dengan Rahmat yang Esa, sy masih di sini..berjuang meneruskan perjuangan Kekasih ILAHI.. didiklah diri dan jiwa kita menjadi yang dikasihi...


Wallahu'alam..



Tuesday, January 4, 2011

~simple~


ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

tak tahu kenapa sejak beberapa menjak ni teringat plak kat lagu ni..huhu..
sekadar meletakkan lirik..nk tau lagu pandai2la ye..


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


ku bergantung harap semoga apa yang ditentukan untuk diri ku adalah untuk aku lebih mendekatiMu ya Allah.. terima kasih kerana menyayangiku dan memberi apa yang aku perlukan, bukan memberi apa yang aku kehendakkan.. semoga tahun baru yang menjelma baru beberapa hari ni, akan sentiasa menyedarkan aku tentang keBesaranMu dan keAgunganMu.. hanya Engkau yang mampu meleraikan, membolak-balikkan, dan memacam2kan diri aku ini.. dengan diri yang sungguh lemah ini, aku pohon kurniakan kami petunjukMu dan rahmatilah kami..


jangan resah andai tidak memiliki apa yang kau kehendaki, nescaya Dia memberi apa yang kau perlukan..
lakukan perkara yang Dia sukai, walaupun perkara itu tidak kau sukai..
tinggalkan perkara yang kau sukai, tetapi Dia murkai..

Wallahu'alam.. SELAMAT TAHUN BARU 2011~ (suka no 11^^)