Saturday, July 31, 2010

~Bila Diri Disayangi~



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, Keagungan Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri


Pertamanya, saya nak mohon maaf andai sedikit ulasan yg saya buat tentang lagu ni buat penulis liriknya marah ke pe.. Tapi ni adalah dari pandangan saya..

Dah lama penah dengar lagu ni, tp baru beberapa hari sebelum ni baru perasan tentang bait lagu ni. Syukran ila sohabati, hakimah ismail coz kenalkan semula lagu ni pada saya(^_^)..

Ada yang kata ayat, "Allah masih sayangkan aku" ni tak sepatutnya dituturkan coz Dia sentiasa menyayangi kita.. Memangpun, selamaNya Allah akan menyayangi hamba2Nya. Tapi berbahagia dan beruntunglah bagi seseorang itu bahawa dia sedar Allah masih dan sentiasa menyayangi diri mereka. Sangat beruntung bagi manusia yang Dia mengurniakan hidayah dan petunjukNya ditambah dengan kesedaran anugerah yang dikurniakanNya itu. Manusia itu dipandu oleh taufikNya, dan diri mereka sendiri yang menentukan ingin melakukan atau membiarkan hadiah dari Allah yang sangat mahal itu.

Setiap insan pasti melakukan kesalahan, takde yang sempurna. Diri yang keliru pun ramai.. Saya sendiri sering keliru dengan diri, nak share dengan orang sendiri pun xtahu apa masalahnya. Tapi bila kite mohon pada Pencipta, insyaAllah Dia sentiasa di sisi. Biarpun kita xdapat melihatNya kini, tapi Dia sentiasa mendengar bisikan dan bicara hambaNya. Kekeliruan diri yang tak terkawal antara punca kita buat salah..tapi Dia sentiasa membantu dengan cahaya-cahayaNya yang tak leh disaingi sape2 pun. Kalau orang tu sedar, memang dia akan rasa betapa sayangNya Allah tu pada hambaNya. Tidak kiralah sebesar mana pun dosa hambaNya.

Kita lihat sendiri kisah pada zaman Rasulullah SAW, Saidina Umar yang membunuh anaknya hidup2 sebelum keislamannya, Hindun yang melapah daging Hamzah, dan banyak lagi. dan tak semestinya kita yang kononnya dianggap hebat xakan diuji. Malah ujian itulah yang menunjukkan setakat mana kekuatan dan kehebatan mereka. Jadi, jangan kita berburuk sangka pada Allah, banyakkan mengadu padaNya, biarpun takde orang nak dengar aduan kita. Menangislah padaNya, biar takde orang nk pinjamkan bahu untuk tangisan kita. Berdatinglah denganNya, biar takde org yang sudi berbicara dengan kita...

Astaghfirullah..aku mohon ampun atas kesalahanku Ya Allah..
Jangan kau pesongkan hati ini, dan kekalkan nikmat iman dan islam kepada diriku.
Bahagia sungguh BILA DIRI INI DISAYANGI MU...
Terimalah aku Ya Rabbi...

No comments:

Post a Comment