Thursday, July 22, 2010

~rantaiperjuangan~

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah..ahlan wasahlan kpd yang sudi menziarah..

Diri ini hanya insan yang lemah, hanya mampu meminta kekuatan dariNya untuk meneruskan perjuangan dalam medan dakwah..untuk terus menyambung mata rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Aku tahu kekurangan, kekhilafan yang ada pada diri ni, terlalu banyak... tapi hanya satu yang aku yakin, ALLAH sentiasa bersama aku.. Biarlah titik mula perjuangan ini membawa aku bertemu denganNya kelak..insyaAllah, aminn.. Aku pasti DIA sentiasa akan membantu aku di saat aku lemah, di saat aku kalah, di saat aku merasakan diri ini kesunyian..
Aku akan pastikan aku mencapai target aku untuk bersama denganNya. Semoga ALLAH merahmati aku dan orang-orang yang aku sayang dan kami sentiasa dikurniakan petunjuk dan hidayahNya untuk menuju kebenaran.

Ya ALLAH, kau kekalkanlah nikmat iman dan islam kepada diri ku yang kerdil ini. KAU ampunkanlah dosa2ku dan kuatkan aku untuk menempuhi hidup yang telah kau tentukan...
Terima kasih Ya ALLAH kerana KAU kurniakan aku mak dan abah yang sentiasa memahami aku untuk terus meniti rantai perjuangan ini. Berikan aku sahabat yang sentiasa di sisiku untuk berjuang bersama dalam mendokong agama MU. Andainya aku perlu kehilangan sahabat kerana perjuangan ini aku redha, namun janganlah KAU biarkan aku hilang sahabat perjuangan..
Semoga dengan medan dakwah ini, aku mampu untuk meneruskan apa yang terbaik untuk agama Islam..

SALAM UKHUWAH & SALAM PERKENALAN SAHABAT SAHABIAH SEKALIAN

No comments:

Post a Comment