Friday, November 12, 2010

::inBox::

mesej dr inbok K810i ku yang dikirim oleh sahabat2...:

" wahai sahabat, keramatnya ukhuwah melangkau hubungan darah, kasih sayang krn Allah, tonggak kekuatan dalam jemaah, digubah dengan acuan aqidah, tak seorang dibiar gundah, andai ditakdir rebah, seribu membahu gagah...."


Rasulullah s.a.w bersabda yg membawa maksud: "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.."


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sejahtera semua...

Saat diri meniti bentuk kotak2 kecil dekat labtop ni, ada rasa sesuatu yang sangat berat dirasakan dalam hati ni.. Tak pastilah mutiara jernih mampu untuk meleraikan rasa dalam hati ni atau tak...
Perasaan dalam hati ni dah membuatkan insan hina ni melayari alam maya untuk melepaskannya di sini.. astahgfirullahal'azim.. Ya Allah..

Kuatlah hati..semua tu ada hikmahnya.. kenapa tanak akui.. Kau yang memilih jalan itu.. kau patut gembira kerana diberikan kebahagiaan yang sangat bermakna buat kau..

Kuat! Berubahlah demiNya.. teruskan rantai mujahadah yang kau lalui ni. biarpun kau tak berada di situ, biarpun sahabat lain sudah mendapatnya, tak mustahil untuk kau mendapatkannya jua..

Kuat! teruskan perjuangan kau.. teruskan mujahadah diri untuk mendapatkannya. DIA takkan kecewakan kau andai kau sentiasa ikhlas untukNya.


Tapi..
Hati ni tak kuat.. hati ni bagai dicarik2 bila mengingati.. kerana di situlah bermula segala-galanya.. kenapa hati ni? Perlukah hati ni yang disalahkan? Diri ni yang perlu disalahkan..

tak mampu untuk meneruskan penulisan di sini.. terketar2 untuk menekan punat2 di papan kekunci ni..
dengan satu lagi amanah yang diberi.. mampukah kau? astaghfirullah..

semoga semuanya adalah untuk mendidik jiwa ni.. mendidik hati ni.. mendidik DIRI ni..

Ya Allah..Kau berikanlah segalanya yang terbaik buat diri hambaMu yang hina ini. Andai itu yang terbaik buatku Kau kuatkan aku untuk meredhai ketentuanMu yang sungguh bermakna buatku. Kurniakanlah petunjuk dan hidayah Mu kepada ku Ya Allah..



No comments:

Post a Comment