Thursday, December 23, 2010

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Assalamu'alaikumwarahmatullah..
Sekian agak lama tak meniti di papan kekunci ni.. ^^
nak dikatakan sibuk, seperti menipu la diri ini.. ^^
Hendak dikatakan tiada rasa untuk menaip.cukuplah sekadar gambar yang telah dipaparkan buat post yang terakhir..

Saya agak menanti berakhir dan selesainya majlis perkahwinan kakak, kerana selagi tidak selesai majlis tersebut, tak dapatlah saya menyertai mana2 program..^^ iyelah, menjadi pembantu setia buat mak.. Pengantinnya mestilah lagi sibuk, adik pulak pergi ke kelas tuisyen.. Sape lagi kalu bukan kita yang diharapkan..^^ lain kali episod kita plak.. ^^!


Selesainya majlis bahagian lelaki, saya dan seorang sahabat bersama2 turun untuk membantu persediaan buat perjuangan yang bakal beelaku nanti. Moga kehadiran dan bantuan yang tidak sebesar mana itu memberi kiejayaan dan dirahmati Nya..

17-19 Dis baru2 ini jugak mebuatkan saya semakin matang, pulak tu dapat jumpa sahabat2 yang bole kate lama la tak jumpa.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. KEM GENERASI TERBILANG 2010 (KARISMA '10) ialah program yang telah dilaksanakan pada tarikh tersebut. Dalam hatini agak kecewa kerana insan yang ditunggu tidak menghadirkan diri, tapi apakan daya, kita tak bole memaksa insan yang hatinya awal2 lg tidak mahu hadir bersama dalam program tu. Apa yang ada, apa yang berlaku, siapa yang hadir itu semua dariNya. DIA yang lebih mengetahui apa yang yang terbaik buat kami dan adik2 ni. ^^ Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.. ^^

Berita adik2 tingkatan 3 di SMKA TAHAP telah mendapat keputusan yang amat cemerlang sangat mengejutkan. Itulah kuasaNya. Semoga adik2 di sana tidak berfikir bahawa kejayaan itu adalah milik mereka semata2. Moga mereka dapat berbakti dan berfikir apakah yang terbaik buat diri mereka sebagai hambaNya. Mampukah berjaya menggapai redhaNya? CINTANya? Fikir2kanlah ye..

Semoga dengan kejayaan yang dicapai tidak membuatkan mana2 hati lupa kepadaNya. Kerana kejayaan itu tidak hadir dalam ketajaman akal atau kecerdasan akal seseorang sahaja. Tetapi kekuatan dalaman itu sangat diperlukan. Kecerdasan otak, pendidikan tinggi mahupun bakat yang hebat difikirkan dapat menyelesaikan segalanya. Namun pemikiran beginilah yang semakin menutup potensi seseorang dalam menggapai kejayaan yang sebenar. Malah boleh mengecilkan lagi ruang untuk dikurniakan petunjuk dan hidayah dariNya.. Semoga kita dijauhkan dari pemikir3 seperti ini.. Apa sahaja yang kita peroleh, berbaliklah kita hanya pada Yang Esa..

agak ketandusan untuk menyusun ayat di sini..^^
Wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment