Saturday, July 31, 2010

~Bila Diri Disayangi~



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, Keagungan Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri


Pertamanya, saya nak mohon maaf andai sedikit ulasan yg saya buat tentang lagu ni buat penulis liriknya marah ke pe.. Tapi ni adalah dari pandangan saya..

Dah lama penah dengar lagu ni, tp baru beberapa hari sebelum ni baru perasan tentang bait lagu ni. Syukran ila sohabati, hakimah ismail coz kenalkan semula lagu ni pada saya(^_^)..

Ada yang kata ayat, "Allah masih sayangkan aku" ni tak sepatutnya dituturkan coz Dia sentiasa menyayangi kita.. Memangpun, selamaNya Allah akan menyayangi hamba2Nya. Tapi berbahagia dan beruntunglah bagi seseorang itu bahawa dia sedar Allah masih dan sentiasa menyayangi diri mereka. Sangat beruntung bagi manusia yang Dia mengurniakan hidayah dan petunjukNya ditambah dengan kesedaran anugerah yang dikurniakanNya itu. Manusia itu dipandu oleh taufikNya, dan diri mereka sendiri yang menentukan ingin melakukan atau membiarkan hadiah dari Allah yang sangat mahal itu.

Setiap insan pasti melakukan kesalahan, takde yang sempurna. Diri yang keliru pun ramai.. Saya sendiri sering keliru dengan diri, nak share dengan orang sendiri pun xtahu apa masalahnya. Tapi bila kite mohon pada Pencipta, insyaAllah Dia sentiasa di sisi. Biarpun kita xdapat melihatNya kini, tapi Dia sentiasa mendengar bisikan dan bicara hambaNya. Kekeliruan diri yang tak terkawal antara punca kita buat salah..tapi Dia sentiasa membantu dengan cahaya-cahayaNya yang tak leh disaingi sape2 pun. Kalau orang tu sedar, memang dia akan rasa betapa sayangNya Allah tu pada hambaNya. Tidak kiralah sebesar mana pun dosa hambaNya.

Kita lihat sendiri kisah pada zaman Rasulullah SAW, Saidina Umar yang membunuh anaknya hidup2 sebelum keislamannya, Hindun yang melapah daging Hamzah, dan banyak lagi. dan tak semestinya kita yang kononnya dianggap hebat xakan diuji. Malah ujian itulah yang menunjukkan setakat mana kekuatan dan kehebatan mereka. Jadi, jangan kita berburuk sangka pada Allah, banyakkan mengadu padaNya, biarpun takde orang nak dengar aduan kita. Menangislah padaNya, biar takde orang nk pinjamkan bahu untuk tangisan kita. Berdatinglah denganNya, biar takde org yang sudi berbicara dengan kita...

Astaghfirullah..aku mohon ampun atas kesalahanku Ya Allah..
Jangan kau pesongkan hati ini, dan kekalkan nikmat iman dan islam kepada diriku.
Bahagia sungguh BILA DIRI INI DISAYANGI MU...
Terimalah aku Ya Rabbi...

Monday, July 26, 2010

~yang terb@ik~

"mak, boleh tak nk pg darul quran?"

"pegilah.. nk buat ape?"

"hmmm..dak2 ni konvo..dak DQ ngan Maahad..(^_^)bole x?"

"xpayahla kalu centu..kang sedih plak"

"mmg da sedih pun mak..bole lah pg mak..kurang2 dpt semangat. mtk dieorg doakan, mane tau ade rezki nant.."

"ikotlah.."
SENYAP.......

hmmm..kenapa mak takot anak die sedih? sebab mak tahu anak die mmg sedih dari dulu.. sejak kuar Maahad.. ada hikmah yg terbaik utk anaknya ni atas kekusutan keluar masuk tmpt belajar dulu. Igt lagi dulu, bile mak tgk wajah anak die ni, kusut, serabut, blurr, keliru, mcm2 lah lg mase nk pilih antara maktab atau maahad, mak dah suh pilih elok2 yg mane hati rase berat nk pg.

tp bile kemahuan hati penah berjanji utk tak amik diploma tahfiz, dan sgt ingin menjadi seorang guru, tambah2 lagi abah terlalu inginkan anak die ni masuk maktab. abah takut anak die xmampu bawa study kat maahad.. bile tgk abah yg semangat dan sanggup utk bwk pg temuduga maktab, hati ni lagi terusik.. terusik dan sanggup tinggalkan maahad. walhal hari nak keluar tu, xtau la keptusan utk keluar maahad tu yg terbaik atau tak.

tapi dah 3 tahun berlalu. da selamat masuk ijazah kat IPG Afzan ni. Kawan2 DQ n Maahad pun da nak konvo 31hb Julai 2010 ni.. tu yg minta kat mak nk pg jupe dieorg. Yelah.. walaupun bukan kite yg konvo, nk sangat tgk kwn2 dah menghabiskan hafalan dieorg. pastu ade rasa rindu kat bumi DQ. mmg bukan student sane, tp penah menjejakkan kaki di sana satu masa dahulu..... dolu2..da lame da pun..tp rase mcm baru je pg.. masih terpahat main bola jaring ngan akak2 DQ, jalan2, dengar ceramah kat sana..rindu..walaupun hanya seketika. sebulan menetap di maahad, banyak bg ilmu baru utk insan kerdil ni. syukran t0 ustaz zuhaidi. igt kat ustaz len, ust tarmizi, ust lafzul, ust nasa... tp coz ust zuhaidi pensyarah yg jage student kemasukan 2007 mase tu, tuh yg igt tuh.. igt lagi ustaz pujuk utk kekal dlm maahad, maaf ustaz xdpt hadirkan diri.. Doakan anak murid ustaz ni, mendapat yabg terbaik dariNya..insyaAllah..amiiinnn..

kenangan tu semua penguat semangat dan pengalaman.. rasenye mak bagi je pg.. cuma die tanak anak die sedih atas keberjayaan orang lain, sedangkan anak die yg sorg ni mmg bercita2 ke arah keberjayaan yang sama dgn kwn2 anak die tu.. insyaAllah..xde pape la mak..

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan nanti, hope dpt lah pg tgk dieorang KONVO!!! (^o^)

Thursday, July 22, 2010

~rantaiperjuangan~

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah..ahlan wasahlan kpd yang sudi menziarah..

Diri ini hanya insan yang lemah, hanya mampu meminta kekuatan dariNya untuk meneruskan perjuangan dalam medan dakwah..untuk terus menyambung mata rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Aku tahu kekurangan, kekhilafan yang ada pada diri ni, terlalu banyak... tapi hanya satu yang aku yakin, ALLAH sentiasa bersama aku.. Biarlah titik mula perjuangan ini membawa aku bertemu denganNya kelak..insyaAllah, aminn.. Aku pasti DIA sentiasa akan membantu aku di saat aku lemah, di saat aku kalah, di saat aku merasakan diri ini kesunyian..
Aku akan pastikan aku mencapai target aku untuk bersama denganNya. Semoga ALLAH merahmati aku dan orang-orang yang aku sayang dan kami sentiasa dikurniakan petunjuk dan hidayahNya untuk menuju kebenaran.

Ya ALLAH, kau kekalkanlah nikmat iman dan islam kepada diri ku yang kerdil ini. KAU ampunkanlah dosa2ku dan kuatkan aku untuk menempuhi hidup yang telah kau tentukan...
Terima kasih Ya ALLAH kerana KAU kurniakan aku mak dan abah yang sentiasa memahami aku untuk terus meniti rantai perjuangan ini. Berikan aku sahabat yang sentiasa di sisiku untuk berjuang bersama dalam mendokong agama MU. Andainya aku perlu kehilangan sahabat kerana perjuangan ini aku redha, namun janganlah KAU biarkan aku hilang sahabat perjuangan..
Semoga dengan medan dakwah ini, aku mampu untuk meneruskan apa yang terbaik untuk agama Islam..

SALAM UKHUWAH & SALAM PERKENALAN SAHABAT SAHABIAH SEKALIAN