Tuesday, September 14, 2010

ade raya lg ke???

SEBELUM

Sebelum tibanya Ramadhan, apa yang dah dilakukan.? Apa persiapan menyambut bulan mulia ni? Sebelum Ramadhan, ada Rejan dan Syaaban.. Maka masa nih la nk latih diri berpuasa. Mungkin ada yang da terlatih dengan puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa sunat yang lain.. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan! namun ada juga kekesalan yang timbul, coz masih ada muslim yang sudah berniat untuk tidak menjalani ibadah puasa ini dengan sebab yang tidak dapat diterima.. masyaAllah..


SEMASA

Alhamdulillah, DIA menemukan aku dengan bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang penuh dengan rahsia2 dan keberkatan ini. Saat inilah kita melatih diri kita untuk taat kepadaNya. Bukanlah kita tidak metihnya pada bulan2 lain, namun bulan ini sangat memberi aura kepada umat Islam. Kita dapat lihat berduyun-duyun orang tunaikan solat Tarawih secara berjemaah di masjid2, surau2. Saat bulan ini juga ramai yang bersedekah, menambahkan amalan. So, sentiasalah mohon kepadaNya agar kita teruskan usaha kita untuk meningkatkan iman kita kepadaNya serta mendapat rahmatNya bukan dalam
Ramadan saje, tp dalam setiap bulan yang kita dapat nikmati.. insyAllah..

Insan yang tidak punya apa-apa ini cuma merasakan betapa bertuahnya diri dapat menjalani ibadah puasa pada kali ini. Sangat terkesan dalam hati dengan ketibaan Ramadan Kareem ini.. amat bersyukur Allah memberi peluang kepada insan hina ini. Mungkin dahulu diri ni xpernah merasakan nikmat ini sebetulnya kerana kotornya hati ni.. Alhamdulillah, Dia sentiasa memneri ruang kepada hambaNya, cuma sedar atau tidak kita ingin menujuNya... Ya Allah, kau terimalah ibadah-ibadahku, kuatkan aku menempuh segalanya..amin..
kat bwh ni sy sertakan gambar2 SEMASA Ramadan.. berlainan sikit aktivitinya daripada biasa..

ni alat/bahan bantu mengajar utk esaimen LB(comel x?..hehe)

ni kotak simpan abm~

gambar seterusnya ni kat SK BANDAR TEMERLOH..my ex primary school~best!!!

semangat jawab ujian diagnostik..mcm jwb exam

saya cikgu!! saya tak nampak cikgu~

murid2 sek rendah yg sangat sukakan webcam~

SELEPAS
Belum terlambat untuk saya ucapkan SALAM EIDULFITRI kepada semua muslimin dan muslimat yang telah berjaya menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah..Alhamdulillah.. Ada yang menyatakan kita perlu sedih dengan kepergian Ramadan.. Tapi adakah kita perlu sedih dengan kehadiran Syawal? Ada juga yang gembira dengan kehadiran Syawal, malah turut serta gembira dengan kepergian Ramadan... Astaghfirullah.. Sahabat2 renungkanlah apa yang perlu sahabat fikirkan tentang Ramadan dan Syaaban..sudah pasti kita biasa mendengar tentang bulan2 mulia ni.. Saat inilah kita meraikan kejayaan kita, atas dasar rahmat dan kasih sayangNya..
Namun, perhatikanlah dalam diri kita sudah berjayakah kita menjadi hamba pilihanNya?.. Wallahualam..


p/s: saya ingin memohon kemaafan secara individunya kepada semua yang mengenali jika ada yang terguris atau terluka dengan tindakan dan tingkahlaku saya.. saya hanya insan biasa, tegurlah jika ada yang salah..
JOM PUASA 6 SAMA2!!! Rebutlah peluang selagi DIA masih Memberi..(^_^)


No comments:

Post a Comment