Sunday, September 18, 2011

::detik waktu::

Allahurabbi..
Bismillah.. walhamdulillah..

TIK TOK..

Syawal bakal pergi...

TIK TOK..

Bina Insan Guru sudah berlalu...

TIK TOK..

Kerja Kursus juga semakin berkurang...

TIK TOK..

Camping bersepadu meniti esok...

TIK TOK

eh..tertinggal.. hari kelahiranku...baru dilepasi..


TIIIIKKKK.......???

mahu tak mahu aku menulis jua di laman rindu ini..

tempat ku meluah rasa hati saat diberi kelapangan..


وَ لا تَكُونُوا كَالَّذينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْساهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولئِكَ هُمُ الْفاسِقُونَ
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka



Allahu.. Allahu.. Allahu..


Jangan disempitkan hati ini Ya Allah daripada melupakan kurniaan dan nikmatMu..

Jangan dikosongkan hati ini Ya Allah daripada menambah ilmuMu..

Jangan dibiarkan hati ini Ya Allah daripada memuaskan nafsunya dan menjadi lalai..

Jangan dilupakan hati ini Ya Allah daripada beramal dan menjauhi laranganMu...




Surah Al-Hasyr ayat 19;
Satu teguran buatku yang sudah lupa niat asalku..
Alhamdulillah..moga tindakanku tidak menyakitkan hati mana2 insan..
Aku cuma mahu RedhaMu..SyurgaMu..
Tunjuki hambaMu yang lemah ini jalan yg benar..
Pentunjuk bagi segala keputusan buat kebenaran agamaMu..

Redhailah aku, di saat tahun kelahiranku ini semoga ada sinar yang akan membawaku mendekati Engkau Ya ALlah..

CINTAku hanya untukMu..