Sunday, March 20, 2011

" كُنْ فَيَكُونَ "

ALLAHUAKBAR!

Jika Dia mengatakan "Jadilah..!"
Maka jadilah sesuatu yang telah ditakdirkan dan dikehendakiNya.
Kita sering mendengar dan membincangkan bahawa manusia dan Allah itu merancang, namun yang menentukan hanyalah Allah..
Adakah kita berpegang dan beramal dengan apa yang kita tahu ni..?

Dalam 2 minggu yang baru2 ni, banyak memberi peringatan pada saya..
Perkara2 yang kita tak jangka berlaku, yang tak ingin berlaku tapi....
jika sudah tertulis "Jadi" perkara itu, maka yakinlah akan berlakulah apa sahaja yang telah termaktub..
Alhamdulillah, Allah memberi petunjuk kepada hamba2Nya ini..
amat memohon agar insan2 yang diuji saat ini agar sentiasa dihadiahkan kekuatan kepada mereka.
malah diri ini sentiasa akan mendoakan mereka.. (di samping doakan orang lain, jgn lupe doakan diri sendiri ye..)

3 perkara yang jelas telah berlaku.. saya fikir kekuatan amat diperlukan untuk ujian2 ni.. tak perlu rasenya menghebahkan masalah yg timbul. bagi hint jelah~ :)
  • perkara yg rase dah lame bermain dalam kepala ni..mungkin inilah jawapannya.. insyaAllah :)
  • kehadiran yang ditunggu, sudah terlepas tetapi disediakan dengan sesuatu yang sangat manis pada masa akan datang.. bersabar ye my sis.. love you~
  • yang tak dijangka berlaku, walaupun persediaan telah dilakukan.. always be strong! Allah sentiasa bersama.
ini sedikit masalah yang berkaitan dengan kehidupan saya.. tapi, saya rasa masih ramai yang mengalami masalah yang lebih berat,, kan? justeru tu, sama2 kita doakan untuk kesejahteraan orang2 terdekat dan semua muslimin muslimat, mukminin mukminat.. tak kiralah yang masih hidup mahupun yang telah pergi..

Ingatlah.. Sesungguhnya, segalanya datang dari DIA, dan kepada DIA juala kita akan kembali..

Rasulullah Shollallohu 'Alaihi Wa Sallam bersabda, “Tidaklah seorang hamba tertimpa musibah lalu mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, ya Allah berilah aku pahala dari musibahku ini dan berilah untukku ganti yang lebih baik darinya, melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikannya pahala pada musibahnya tersebut dan memberikan ganti untuknya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.” (HR. Muslim)

p/s: semoga segalanya berjalan dengan baik atas bantuan dan rahmatNya..aminn