Wednesday, July 4, 2012

~Semakin susah semakin jauh..~
Saya sangat bersetuju dengan konsep erti hidup pada MEMBERI, kerana jika kita memikirkan erti hidup pada MENERIMA, maka diri setiap individu itu pasti mengungkit dan mementingkan hak terhadap dirinya sahaja.
Justeru, tiadalah erti menyayangi, erti keihklasan, erti kebahagiaan jika yang dituntut dalam hidup adalah penantian. Kita analogikan antara seorang guru dan murid;

Guru: Okey, sekarang dgr arahan cikgu..
Murid: (masih tidak memberi perhatian)
Guru: Siapa yang berjaya jawab soalan yang cikgu bagi akan mendapat hadiah (sambil tunjukkan hadiah).
Murid: Wah, gula-gula! (terus memberi perhatian)

Murid yang tidak mengerti kepentingan pembelajaran tidaklah MEMBERi perhatian yang tepat terhadap isi yang disampaikan, tetapi dengan memikirkan PENERIMAAN yang akan diperolehi jika mendengar arahan guru menyebabkan mereka berada dalam sesi yang dijalankan. Murid pasti lebih memikirkan ‘HADIAH’ yang guru janjikan berbanding memberi perhatian yang tepat terhadap pembelajaran yang disampaikan guru.. Kesannya, ada segelintir daripada mereka tidak dapat menerima PEMBERIAN sebenar daripada gurunya..
Bagi murid MENERIMA hadiah itu lebih penting berbanding MEMBERI perhatian kepada pengajaran guru..
Perlukah kita menjadi murid yang masih tidak mengerti sedangkan kita punya upaya untuk memahami erti MEMBERI dalam hidup ini.. Apakah kita hanya ingin MENERIMA dariNYa tanpa MEMBERI Hak MilikNya yang kita pernah janjikan sebelum kita dilahirkan dulu.. ALLAH.. cubalah untuk memahami erti MEMBERI seperti guru itu ingin sampaikan kepada muridnya.. bagaimana DIA memBERI kepada kita yang menjadikan kita seperti ini..

Jangan bersedih dengan setiap apa yang berlaku,
Jangan terlalu bergembira dengan apa yang diperolehi,
Kerana semua itu adalah ujian2 dariNYa…..

ampunkan hamba2Mu ini dalam khilaf yang kami tidak sedari..aminn..
~Tetapi denganNya, semakin SUSAH semakin DEKAT~

No comments:

Post a Comment