Tuesday, February 14, 2012

::Mahkamah Hati::

Alhamdulillah wa Syukurillah..

Lame sudah tak berusrah, sibuk dengan urusan dalam usaha mentarbiyah dan berdakwah..

Kosongnya jiwa tanpa bertemu sahabat usrah, tp alhamdulillah dalam menjalankan amanah, dapat jua menyelit beberapa minit untuk bersama ahli usrah walaupun bukan dalam halaqah besar @ secara rasminya.. Jadi terselitlah sedikit ruang kami untuk melepaskan rindu bersama :)

Dua usrah selamat sy hadiri :) banyak perkongsian yang dapat dipelajari.. bukan sekadar pelajaran untuk mentarBiyah diri, tapi juga pelajaran daripada pengalaman kehidupan sahabat2 jua.. pelajaran di mana rInDu Sang Pencipta kepada diri kita melebihi rIndu insan lain kepada hamba yg lupa ini..

Andai di dunia kita punya bangunan MAHKAMAH yang ingin mengadili insan terutamanya dalam membantu yang tidak bersalah, namun, KITA hanya insan biasa.. punya banyak kelemahan. dan pastinya kadangkala keADilan tidak dapat ditegakkan.. dan kerana MAHKAMAH dunia juga menyebabkan ada hati2 insan yang berDENDam yang membawa kepada kemusnahan, kehancuran dan seangkatannya..

MAHKAMAH akhirat jua yang bakal setiap insan tempuh, tidak kiralah pangkat yang pernah menyanjung di dunia satu masa dulu, tidak kira setinggi mana darjatnya di dunia dahulu, malah tidak dikira jua kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu.. segala keindahan di dunia sudah pasti tidak menjadi pengadil di akHirat, kerana ALLAH lah yang mengAdili, yang mengHakimi bahkan menjatuhkan apakah balasan setiap satu persatu makhluk ciptaanNYa..

telah Allah hidupkan dalam diri setiap insan, suka kepada kebaikan, kesucian.. ianya FITRAH.. fitrah yang sememangnya fitrah jauh di sudut kecil dalam HATi insan itu yang punya keindahan.. bahkan kita sendiri pasti merasai jika kita melakukan dosa, pasti ada jeritan batin yang menghalang daripada kita melakukan dosa.. namun.. NAFSU.. bisikan SYAITAn.. dan kurangnya memberi dalam HIDUP, menyebabkan rontaan untuk melepaskan kesakitan dalam jiwa sangat dirasai.. jagalah maHkamah HATI anda.. agar tidak menyebabkan berjauhan daripada FITRAH yang telah dihadiahkanNya..

Sesakit mana Hati..
SekOsong mana Hati..
SeKeras mana Hati..

dan..

terasa sendiri mana pun HATi.. bawalah ia kepada Tuhan mu.. ALLAHU RABBI..
kerna pasti DIA sentiasa bersama..menunggu doamu.. menanti rintihmu..
bagi mencipta indahnya bersama CINTA haKiki bermula dengan mahkamah HAti...


No comments:

Post a Comment