Monday, February 14, 2011

::Wahai Kekasih Allah::


~PEMERGIANMU~

(Rasulullah..)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira..
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia....kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu


Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Sudikah anda meneruskan perjuangan baginda?
Tidak perlu kesudian..namun kewajipan ke atas kita sebagai penerus rantai yang diikat..
Bagaimanakah bermulanya dakwah Rasulullah SAW..:
1. Mengajak kepada tauhid yang mutlak
2. Mengkhabarkan adanya akhirat
3. Membersihkan Jiwa
4. Memelihara keperibadian masyarakat
5. Menerangkan kepada manusia tentang alam yang lain daripada manusia

Andai diizinkanNya, akan sy kupaskan serba sedikit tentang 5 perkara di atas ni..

SALAM MAULID RASUL..
kaulah yang kucintai selepasNya..
Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment