Monday, January 24, 2011

~Madah Cinta~

Bahagianya diri diulit dengan kenikmatan dan kemewahan dunia...
Bahagianya diri ditemani kekasih yang kononnya sering membuat diri ketawa..
Bahagianya diri dijulang dengan pangkat yang tidak disedari amanahnya..

Adakah bahagia diri ini andai melepaskan syurgaNya?

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Kerdilnya diri ini Ya Allah.. sungguh tak berdaya untuk membuat sesuatu dan menikmati sesuatu tanpa kasih sayang dan rahmatMu..
Sejak setahun satu bulan yang lepas..aku sedar.. sedar.. bila aku memerlukan ketenangan dan jawapan yg pasti dariNya.. DIA pasti memberikan jawapan yang sangat tepat kepada aku..

Saat jiwaku dilanda keresahan, pasti Surat Cinta Ilahi aku hayati.. saat itulah aku akan menemui ayat yang tertulis 'la tahzan'. 'la tahzan'! tak kirelah mase bile pun kesedihan tu.. Allahuakbar! Besar sungguh kuasaMu ya Allah. Engkau tahu dengan ayat-ayat cintaMu aku akan pulih dari mengingati sedihku.. Mengingatkan pula aku bahawa Engkau menyayangi dan ingin menguji aku seadanya.. betul..aku tak tipu.. seringkali ia terjadi saat aku memerlukanNya untuk aku terus hidup keranaNya.. mungkin semuanya satu kebetulan. tp keadaan ni buatkan aku lebih kuat dan berkeyakinan..

baru2 ni.. LAJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN,BIAGA (JPP) telah menjalankan satu program iaitu Tamrin Nuqoba' khas buat naqib/at usrah kat IPG ni.. Perjalanan program selama kurang 2 hari ni..banyak memuhasabahkan aku yang serba penuh dosa ni.. Seorang sahabat beserta pengarah dan timbalan pengarah program sangat mengharapkan sesuatu yang luar biasa terhasil selepas Tamrin Nuqoba' ni.. Bangga dan teruja diri ni melihat kesungguhan mereka dalam ingin menambahkan penyokong dan pendokong agama Allah.. Subhanallah!

hari ke-2 Tamrin Nuqoba' selepas satu slot yang xdiduga menyebabkan beberapa peserta tidak meneruskan penyertaan mereka dalam program.. setahunya tidaklah terlau advance apa yg kami lakukan jika nk dipadankan dgn LAJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN.. mungkin benarlah kata sahabat tersebut.. mereka tiada kesedaran dan penghayatan walaupun sudah ada semangat..

jadi..kami perlu muhasabah diri kami.. sebelum slot resolusi pada hari terakhir tersebut.. diri insan yang penuh dengan dosa.. bagaimana ingin mentarbiyah diri org lain, andai diri kita tidak ditarbiyah dengan cara yang diperintahNya..?

Surah at taghabun: 11-18 menyedarkan diri ni, biarpun segala usaha yang kita lakukan sebanyak mane pun, hanya Allah yang boleh mengawal hati-hati mereka (mad'u). Seandai kami menjalankan program ini untuk membantu agama Allah, pasti Allah akan melakukan yang terbaik untuk agamaNya, malah tidak akan mengecewakan kami. Inilah satu lagi saat aku bertemu dengan Madah Cinta Ilahi yang membuatkan hati aku bergetar, membuatkan mutiara jernih membasahi tudungku malam itu.. Betapa Besarnya perTolongan dariNya sedangkan selama ni banyak kesalahan yang telah lakukan.. Astagfirullaha'azim..

Kemudian ku temu pula ayat 1000 dinar di muka surat yg seterusnya dalam madah surah at Talaq.. betapa indahnya tarbiyah yang ingin Allah sampaikan kepada umat2Nya.. cuma kita yang perlu terus berusaha mendapatkan redha dan syurga Ilahi.. Keyakinanku makin kuat dan aku pasti DIA sedang membawa aku menuju kebenaran.. Ya Allah jangan Kau pesongkan hati ini.. tetapkan aku berada di jalan juang ini ikhlas hanya keranaMu..

Seusai program yang telah dijalankan.. Alhamdulillah, dapatku lihat beberapa perubahan daripada peserta2 muslimat.. muslimin? aku tak dapat nk pastikan.. namun, semoga bakal ketua2 keluarga itu lebih mendapat kesedaran kerana mereka amat diperlukan dalam perjuangan Allah..

Aku tidak mahu terlepas dari syurgaMu ya Allah...

Wallau'alam..

No comments:

Post a Comment