~Semakin susah semakin jauh..~
Saya sangat bersetuju dengan konsep erti hidup pada MEMBERI, kerana
jika kita memikirkan erti hidup pada MENERIMA, maka diri setiap individu itu
pasti mengungkit dan mementingkan hak terhadap dirinya sahaja.
Justeru, tiadalah erti menyayangi, erti keihklasan, erti
kebahagiaan jika yang dituntut dalam hidup adalah penantian. Kita analogikan
antara seorang guru dan murid;
Guru: Okey, sekarang dgr arahan cikgu..
Murid: (masih tidak memberi perhatian)
Guru: Siapa yang berjaya jawab soalan yang cikgu bagi akan mendapat
hadiah (sambil tunjukkan hadiah).
Murid: Wah, gula-gula! (terus memberi perhatian)
Murid yang tidak mengerti kepentingan pembelajaran tidaklah MEMBERi
perhatian yang tepat terhadap isi yang disampaikan, tetapi dengan memikirkan
PENERIMAAN yang akan diperolehi jika mendengar arahan guru menyebabkan mereka
berada dalam sesi yang dijalankan. Murid pasti lebih memikirkan ‘HADIAH’ yang
guru janjikan berbanding memberi perhatian yang tepat terhadap pembelajaran
yang disampaikan guru.. Kesannya, ada segelintir daripada mereka tidak dapat
menerima PEMBERIAN sebenar daripada gurunya..
Bagi murid MENERIMA hadiah itu lebih penting berbanding MEMBERI
perhatian kepada pengajaran guru..
Perlukah kita menjadi murid yang masih tidak mengerti sedangkan
kita punya upaya untuk memahami erti MEMBERI dalam hidup ini.. Apakah kita
hanya ingin MENERIMA dariNYa tanpa MEMBERI Hak MilikNya yang kita pernah
janjikan sebelum kita dilahirkan dulu.. ALLAH.. cubalah untuk memahami erti
MEMBERI seperti guru itu ingin sampaikan kepada muridnya.. bagaimana DIA
memBERI kepada kita yang menjadikan kita seperti ini..
Jangan bersedih dengan setiap apa yang berlaku,
Jangan terlalu bergembira dengan apa yang diperolehi,
Kerana semua itu adalah ujian2 dariNYa…..
ampunkan hamba2Mu ini dalam khilaf yang kami tidak sedari..aminn..
~Tetapi denganNya, semakin SUSAH semakin DEKAT~