Thursday, June 2, 2011

Memohon Maaf @ Memaafkan?


Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain.. itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuh'mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu.


Wahai diri, ingatlah.... segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin ALLAH jua. Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata... ALLAH sedang
mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha.

(Petikan: Di mana DIA di hatiku?; Pahrol Mohd Juoi)




MEMAAFKAN...

Kita sering memohon maaf kepada insan lain, agar diri kita dimaafkan..

Terutamanya saat menghadapi peperiksaan, saat menghadapi keperitan, di pagi hari raya, and so on..

Tapi, adakah pasti kemaafan yang dipinta akan membawa ruang kebahagiaan baru kepada diri?

~Just ask urself~

Saat kita masih memikirkan kebahagiaan orang lain yang pernah menyakiti kita, kita tidak akan peroleh ketenangan... tetapi akan terus bermandi dengan kemurungan, kesedihan, kebencian dan semua perkara2 yg kenegatifan..

that's why, we must get ourself far away drpd pikir2kan perkara yg tidak penting sebegitu..

Mengatakan SABAR itu mudah, tetapi mengamalkan SABAR itu payah, namun mendapatkan SABAR itu tak mustahil...

Drpd memikirkan kebahagian org lain menyebabkan kenegatifan dlm minda meningkat2, kenapa tidak.....

diri yg kerdil meMAAFkan kesalahan insan tersebut?

sedangkan memohon maaf itu susah..memaafkan itu lagi susah..

tapi, kemanisan iman akan dirasai, saat kita ikhlas meMAAFkan insan lain.. ^_^

keBAHAGIAan diri yg dicari pasti akan hadir.. sesudah memaafkan org lain..

MAAFkan diri sendiri juga.. kerana tanpa diri kita, tiada siapa lg yg mampu bertahan utk bersama kita...hanya diri kita dengan Bantuan dan RahmatNya...

Segala yang ALLAH sampaikan adalah utk menTARBIYAH hambaNya.. bukan utk mengecilkan hambaNya..

Wallahu'alam..



p/s: Petikan yang dibawa di atas, hanyalah sedikit perkongsian :) kalau nk lebih2 jom baca buku tu ek..


No comments:

Post a Comment